Test

Wednesday, November 16, 2011

Blog tip perniagaan

Peluang Perniagaan
Irfan Khairi Blog Tip harian untuk melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda dalam masa 365 hari dengan hanya 1 minit sehari.
Sydinar Petua Keusahawanan
SmartUsaha Blog Usahawan dan Perniagaan Internet.
Peluang di Rumah Peluang Perniagaan dan Pendapatan Sampingan di Rumah
Tambah Pendapatan Kongsi Peluang dan Rahsia Tambah Pendapatan Melalui Internet.
Tuah Emas Perniagaan dan Pemasaran Internet
I-BusinessTalk Usahawan Internet dan Perniagaan Internet
Ahmad Azwan Journey to Financial Freedom
ideaBLOG Portal Usahawan Internet

Thursday, November 10, 2011

Another thought of money

Today (well almost a few days now), I being trying to get an idea or think of some business that I can do for myself. Capital? Into consideration, I have none. Investments?? Which is the best?? Selling physical things?? I can do that. Will someone out there give some ideas....

Wednesday, November 9, 2011

Sebuah kisah untuk dikongsi bersama

Kisah ini diambil dari majalah wanita tempatan, cuma untuk tatapan pembaca yang belum pernah membacanya:

Kisah Insan Susah Menyimpan Wang

Ini kisah seorang insan yang susah menyimpan. Satu hari dia sudah muak kerana bertahun-tahun tidak dapat menyimpan, dia lantas mengambil bekas plastik kosong yang kebetulan ada di rumah (tabung kosong percuma).
Setiap hari balik kerja semua duit syiling dalam poket dimasukkan ke dalam bekas tadi. Mana-mana duit syiling yang dijumpai dalam kawasan rumah juga jadi mangsa. Cukup RM10 dia akan kosongkan bekas untuk beli sijil simpanan premium keluaran BSN yang disimpan dalam almari baju. Kemudian bekas diisi semula dengan duit siling.

Kemudian dia membeli sebuah buku nota bersaiz kecil. Dia mencatatkan semua perbelanjaan biar sekecil 10 sen dengan butiran tujuan, tarikh dan jumlah belanja. Ke mana pergi dibawa bersama buku tersebut.
Contoh catatan:
05/01/2011 RM4.00 Sarapan
05/01/2011 RM1.90 Tambang Bas Rapid KL
05/01/2011 RM 1.00 Air Tebu

Kenapa membawa buku nota? Dia sering lupa sesudah membayar sesuatu atau akan berbelanja apa yang perlu sahaja dan segan belanja kerana malas untuk menulis di buku nota. Hasil dari eksperimen selepas dua minggu dia sudah berjaya mengawal perbelanjaan harian.

Suatu hari semasa sedang memberus gigi dia tiba-tiba sedar tentang aliran air dalam singki dan tandas, timbul idea dalam kepalanya. Dia memperuntukkan masa untuk mandi contohnya 8 minit sahaja.

Masa gosok gigi atau cukur guna kole, tidak lagi membiarkan paip mengalir. Setiap bulan paip-paip di rumah diperiksa supaya tidak bocor. Mesin basuh digunakan hanya bila pakaian dalamnya penuh. Kalau ada sehelai dua akan dibasuh dengan tangan serta sabun buku selepas direndam semalaman.

Sama dengan memasak di dapur, sayuran contohnya tidak dibasuh dengan aliran pili tetapi di dalam besen. Begitu juga pinggan mangkuk, sama ada guna besen atau aliran pili tetapi tunggu sehingga bertingkat kemudian dibasuh sekali harung.

Dahulu kalau hujan dia tidak melakukan tindakan kecuali menutup pintu atau tingkap tetapi sekarang dia mula mengumpul air hujan dalam tong plastik besar. Air hujan menjadi sumber air membasuh lantai halaman rumah, bilik air dan dapur. Dia tidak peduli apa yang difikirkan oleh jiran-jiran tenang perangai barunya malah sanggup basah kuyup menrik tong plastik dalam hujan lebat.
  
Suatu petang  ketika menunggu isteri menyiapkan makanan dia merujuk buku nota kecil bahagian makanan lalu membuat kiraan berikut:
Makan tengah hari di gerai dua orang selama 5 hari = RM 10 x 5 = RM 50 seminggu
Sebulan  = RM  200.
Katakan makan luar 2 kali sahaja seminggu. RM 10x 2= RM 20. Untuk 3 hari baki sediakan bekal.
Bekal untuk 2 orang, RM 5 untuk 3 hari,  RM 5 x 3 = RM15    
Jumlah semua RM 15 + RM 20 = RM 35.
Dari RM 50 Seminggu kini cuma RM 35, jimat RM 15 seminggu atau RM 60 sebulan.

Malam hari dia berbincang dengan isteri tentang bawa bekal dari rumah dan berapa kali harus makan di luar dalam seminggu. Timbul suatu idea baru dalam hidup, dia ingin  berhenti tabiat merokok tetapi selalu gagal.

Bagaimana dengan idea menjadikan merokok sebagai 1 denda! Setiap kali mencapai rokok dan menghisap satu batang dia masukkan RM 10 ke dalam tabung. Mula-mula dia masih rela merokok walaupun terpaksa membayar denda tetapi lama-kelamaan dia merasakan satu kerugian menukarkan RM10 semata-mata untuk kepuasan selama 5 minit.

Apabila dia menceritakan hal ini kepada rakan-rakannya ada yang ingin turut serta dengan idea baru pula iaitu menurunkan berat badan. Setiap kali ingin makan makanan menggemukkan, masukkan RM 5 ke dalam tabung. Mungkin tabiat-tabiat merokok atau makan tidak boleh dihapuskan terus tetapi sekurang-kurangnya dapat dikurangkan dengan banyak.

Kini sampul-sampul SSP dalam almari bajunya sudah mula bertambah. Memang akaun SSP tidak memberikan pulangan yang banyak cuma ada cabutan bertuah, tetapi bukan itu yang sebab utama dia menabung dalam SSP. Dia mahu memegang secara fizikal hasil usaha serta pengorbanannya. Kalau dilihat dalam buku sahaja rasa macam tak puas. Semakin lama nanti hasil penambahan ilmu dan tabiat menyimpan dia dapat memperbaiki teknik simpanannya ke dunia pelaburan pula.

Akibatnya perbincangan dengan isteri tentang kisah simpanannya ini, si isteri pula memberi cadangan. Kenapa tidak jualkan barangan tidak diperlukan contohnya dalam stor. Benda seperti ini boleh dijual di kedai besi buruk atau kedai-kedai membeli barangan 'second hand' atau sewa gerai di pusat membeli belah untuk jual terus kepada orang ramai. Atau jual di pasaran antarabangsa melalui laman lelongan sepert e-bay. Contoh barangan pinggan mangkuk, buku-buku, majalah, alat-alat elektronik dan pakaian lama.

Akhir kata walaupun sibuk menabung dia tidak lupa bersedekah. Ini kerana seorang Muslim yang berjaya akan kekal bersedekah, walaupun jumlahnya kecil, kerana yakin dengan keberkatan  yang ada pada sedekah itu.

-end-













Tuesday, November 8, 2011

Artikel Dari Majalah yang saya ingin ingatkan diri saya

Ini adalah artikel dari sebuah majalah tempatan yang saya ingin simpankan sebagai peringatan kepada diri saya dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca lain.

Rancang Kewangan dengan Cara yang Betul
Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda. Dalam merancang ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dan perlu anda ketahui:

Menetapkan Matlamat
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja dan menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

Simpanan
Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja.
Tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya apabila anda menerima bonus. simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat. Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya.
   
Kebanyakan orang melakukan ini:
            PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN/PELABURAN
Anda sepatutnya melakukan ini:
           PENDAPTAN - SIMPANAN/PELABURAN = PERBELANJAAN

Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh setiap bulan. Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara atau perbelanjaan yang tidak diingini.
Tabung kecemasan ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang  apabila terjadi perrkara seperti ini. Walaubagaimanapun, jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat kewangan anda.
Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan:
  • Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya perumahan, barangan dapur, pengangkutan, utiliti dan pembayaran hutang lain.
  • Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan yang anda ingin simpan dalam tabung kecemasan anda.
  • Kira jumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlah perbelanjaan bulanan.
  • Masukkan wand anda ke dalam tabung kecemasan ini.

Melabur
Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda malbur, jadi kenal pasti matlamat pelaburan anda. Tanyakan diri anda:
  • Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini?
  • Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi?
  • Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat?
  • Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan saya memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?
Kenal pasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur.
Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, contohnya produk yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim pelaburan palsu. Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya mengelak daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil keputusan untuk menarik diri atau menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang. Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda perlu:
  • Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga dan ciri-ciri produk tersebut.
  • Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewangan hanya setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya.
  • Ketahui yuran dan caj yang anda perlu bayar sekarang setelah anda membeli produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.
  • Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.
  • Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan 'tidak' sekiranya anda tidak memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
  • Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/takaful yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perjanjian setelah anda menandatanganinya.
-end-

Ini adalah arikel yang diambil dari majalah wanita tempatan yang saya mahu kongsikan bersama anda dan sebagai peringatan kepada saya. 

 



 


Thursday, November 3, 2011

Personal Reviews

Yesterday. after browsing through AVON catalogue, I think I will not upload Avon Catalogue into this blog. Well, it is due to my own interest in selling wider range of things more than cosmetics. But anyhow that's just a thought maybe I will upload, maybe will not. Who knows.

Another business idea, I should try to sell my 'food products' to other section in my workplace. But I'm a bit nervous about it.