Test

Tuesday, June 24, 2014

KUNCI KEJAYAAN, Rahsia Terbongkar!!

Salam.

Alhamdulillah.

Saya terjumpa sebuah entri yang SANGAT BERMANFAAT untuk dikongsikan bersama supaya sama-sama kita amalkan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Ini adalah nasihat daripada seorang yang mempunyai KELEBIHAN yang kita orang biasa jarang ada. Mari kita baca. Entri ini di-copy dari blog : http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/. Boleh lawati blog beliau untuk info-info lain.

(Sumber :: http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/06/lelaki-tua-berkain-pelikat-baca-al.html)


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB. 


Assalamualaikum,

Saya terjumpa kisah menarik ini daripada Facebook Dato Haji Roslan Ab Hamid.

Semoga kita sama-sama ambil manfaat daripada kisah benar ini.

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.



Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?



1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.


3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.




11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula,  mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.



12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.




13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.




* photo/imej di ambil dari Google images

Saturday, June 7, 2014

Perniagaan



Perniagaan ibadat yang suci. Kerja rasul-rasul. Jangan tipu, jangan belit-belit. Jangan sampai ada darah haram mengalir kerana untung beberapa sen. Beritahu seadanya. Jangan melebih-lebih. Biarkan pelanggan membeli kerana kehendak mereka, bukan atas kemahuan kita.

~adaptasi dari Razzi Armansur~

Tuesday, March 25, 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.


Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.


YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. InshaaALLA

Saturday, March 15, 2014

Jadual KU

MONDAY
TUESDAY
WEDNESDAY
THURSDAY
FRIDAY
SATURDAY
SUNDAY
My ABDR Blog
My Fiction
My Fiction
My ABDR Blog
My Biz Blog
Shaklee Blog
Shaklee Blog





















E-book Power!! Super WAHM Super Mom...



Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :



Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
 Lenny Boniface 
 016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Thursday, March 13, 2014

Promosi Terkini - Promo- 2 E-book Power untuk Dimiliki!

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface  di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Wednesday, January 22, 2014

Peluang Menambah Pendapatan / Peluang untuk Berjaya

Salam.

Alhamdulillah kepada pembaca yang sudi datang ke blog ini. 

Saya ingin memperkenalkan pakej Akademi Bekerja dari Rumah kepada pembaca di luar sana. Sesiapa yang ingin mencari income sampingan yang tidak memerlukan kita keluar dari rumah, ataupun kita menjana pendapatan walaupun hanya duduk di rumah sahaja. Asalkan menepati syarat-syarat yang dikehendaki maka anda akan berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa.

Apa syarat-syaratnya? 

Syaratnya ialah Rasa ingin belajar, berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten dalam mengerjakan tugasan yang diberi, anda akan mendapat hasil yang luar biasa. Bottom line, anda hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakannya.

Di Akademi Bekerja di Rumah, kami menawarkan pakej-pakej berikut untuk pilihan pembaca di luar sana. Sila selidiki gambar di bawah dan fikirkan apa yang terbaik untuk anda. 

Dan... sekiranya anda berminat, sila hubungi saya di 

SMS/WhatsApp :016-8749195 -Lenny
Email : lennbj608@gmail.com
Atau 








Jazakallah

Sunday, January 19, 2014

Lenny Cute Cute Shop Fanpage

Saturday, January 18, 2014

Perniagaan Shaklee

Salam.

Saya pernah menulis sebuah entri tentang perniagaan Shaklee sebelum ini. Kali ini saya catatkan sedikit pengalaman saya menemui Shaklee. Entri ini adalah entri saya di blog http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/.

Saya cuma copy paste sahaja dari blog saya.

Tidak dinafikan, saya memang seorang yang mencari pendapatan sampingan disebabkan gaji tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan 'sampingan' yang lain. Maksud saya, pendapatan tetap saya cukup untuk menampung keperluan asas saya sendiri, tetapi tidak dapat menampung keperluan keluarga saya iaitu mak saya dan juga kehendak saya yang lain. Kerana kita manusia sememangnya ada nafsu dan kehendak yang bermacam-macam.

Perjalanan mencari pendapatan sampingan bermula dari idea berniaga. Dalam pertengahan jalan tersebut, saya menjumpai sebuah MLM (yang baru sahaja diasaskan tidak lama) yang memberikan pendapatan dengan hanya melabur seterusnya tunggu sahaja hasilnya. Namun, sistem tersebut tidak bertahan lama. Tidak lama setelah saya menjadi ahlinya, MLM tersebut telah menukar polisi, kerana sebab yang saya tidak ketahui. Namun, mengikut pemerhatian saya, saya berpendapat, sekiranya sebuah syarikat yang semua jurujual asyik duduk diam dan menunggu bonus sahaja, saya jamin syarikat itu tak akan 'hidup' lama.

Setelah gagal dengan sistem MLM tersebut, saya beralih arah mencari peluang dengan syarikat yang membekalkan barangan untuk dijual. Maka saya pun menjadi ahli AVON dan Cosway. Saya memang berminat berniaga, maka itu bagi saya suatu peluang. Tidak salah mencuba. Kali ini saya mencuba perniagaan berasaskan produk.

Saya tidak aktif menjalankan perniagaan tersebut. Cuma setakat perkenalkan kepada kawan-kawan di ofis.
Namun sekarang, minda saya lebih terbuka, dan saya beralih ke perniagaan online.

Di atas talian lah, saya bertemu Shaklee. Permulaannya, saya mencari produk penyusuan badan. Dan terjumpa produk Shaklee di laman Facebook. Saya pun membelinya untuk dicuba. Setelah beberapa lama, saya merasakan produk Shaklee ini berkesan. Seterusnya terdetik di hati saya untuk menjadi penjual produk Shaklee.

Di atas talian juga saya menjumpai penaja Shaklee saya, Arnie Samsudin. Dan saya terus mendaftar sebagai ahli di bawahnya.

Di sini, saya ingin menyatakan Shaklee memnag sebuah syarikat MLM. Tetapi, saya dengan yakin boleh katakan di sini, tiada penipuan dan penindasan berlaku di Shaklee. Di Shaklee, sesiapa yang rajin menjalankan perniagaan atau menjual Shaklee, anda akan dibayar bonus setimpal dengan usaha anda.
Di Shaklee menjual produk adalah motif utama, mencari downline adalah selari dengan kehendak ahli yang menapak jauh di dalam kerjaya Shaklee.

My Shaklee Info

Tuesday, January 14, 2014

Peluang mencari pendapatan sampingan

Mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan? Tak ingin keluar dari rumah dan bekerja di dalam rumah anda yang selesa? Impian yang tidak mustahil... mari sertai kami, Akademi Bekerja dari Rumah untuk mendapatkan latihan dan maklumat yang bermanfaat untuk menuju kewangan yang anda impikan.

Hubungi saya melalui e-mail : lenny.bonifacejubilee@gmail.com
Atau smswhatsapp ke : 016-8749195