Test

Saturday, January 18, 2014

Perniagaan Shaklee

Salam.

Saya pernah menulis sebuah entri tentang perniagaan Shaklee sebelum ini. Kali ini saya catatkan sedikit pengalaman saya menemui Shaklee. Entri ini adalah entri saya di blog http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/.

Saya cuma copy paste sahaja dari blog saya.

Tidak dinafikan, saya memang seorang yang mencari pendapatan sampingan disebabkan gaji tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan 'sampingan' yang lain. Maksud saya, pendapatan tetap saya cukup untuk menampung keperluan asas saya sendiri, tetapi tidak dapat menampung keperluan keluarga saya iaitu mak saya dan juga kehendak saya yang lain. Kerana kita manusia sememangnya ada nafsu dan kehendak yang bermacam-macam.

Perjalanan mencari pendapatan sampingan bermula dari idea berniaga. Dalam pertengahan jalan tersebut, saya menjumpai sebuah MLM (yang baru sahaja diasaskan tidak lama) yang memberikan pendapatan dengan hanya melabur seterusnya tunggu sahaja hasilnya. Namun, sistem tersebut tidak bertahan lama. Tidak lama setelah saya menjadi ahlinya, MLM tersebut telah menukar polisi, kerana sebab yang saya tidak ketahui. Namun, mengikut pemerhatian saya, saya berpendapat, sekiranya sebuah syarikat yang semua jurujual asyik duduk diam dan menunggu bonus sahaja, saya jamin syarikat itu tak akan 'hidup' lama.

Setelah gagal dengan sistem MLM tersebut, saya beralih arah mencari peluang dengan syarikat yang membekalkan barangan untuk dijual. Maka saya pun menjadi ahli AVON dan Cosway. Saya memang berminat berniaga, maka itu bagi saya suatu peluang. Tidak salah mencuba. Kali ini saya mencuba perniagaan berasaskan produk.

Saya tidak aktif menjalankan perniagaan tersebut. Cuma setakat perkenalkan kepada kawan-kawan di ofis.
Namun sekarang, minda saya lebih terbuka, dan saya beralih ke perniagaan online.

Di atas talian lah, saya bertemu Shaklee. Permulaannya, saya mencari produk penyusuan badan. Dan terjumpa produk Shaklee di laman Facebook. Saya pun membelinya untuk dicuba. Setelah beberapa lama, saya merasakan produk Shaklee ini berkesan. Seterusnya terdetik di hati saya untuk menjadi penjual produk Shaklee.

Di atas talian juga saya menjumpai penaja Shaklee saya, Arnie Samsudin. Dan saya terus mendaftar sebagai ahli di bawahnya.

Di sini, saya ingin menyatakan Shaklee memnag sebuah syarikat MLM. Tetapi, saya dengan yakin boleh katakan di sini, tiada penipuan dan penindasan berlaku di Shaklee. Di Shaklee, sesiapa yang rajin menjalankan perniagaan atau menjual Shaklee, anda akan dibayar bonus setimpal dengan usaha anda.
Di Shaklee menjual produk adalah motif utama, mencari downline adalah selari dengan kehendak ahli yang menapak jauh di dalam kerjaya Shaklee.

My Shaklee Info

No comments:

Post a Comment