Test

Friday, August 30, 2013

Satu lagi CADANGAN bisnes untuk Anda

Dah lama tak mengarang di blog ini. Menyibukkan diri di Facebook, blog business lain dan juga lelong.my.
Fuhhh!!! Busy yo!!!

Anyway, harini saya ada lagi idea atau cadangan untuk anda di luar sana yang ingin menceburi bidang perniagaan, iaitu SHAKLEE.

First and foremost, jangan melatah dulu ye. Faktanya, SHAKLEE memang MLM. Shaklee memang ada sistem MLM, TETAPI----- dalam Shaklee tiada istilah GOYANG KAKI walaupun anda sudah berada di LEVEL ATAS.
Shaklee hanya sesuai untuk orang yang memang mempunyai minat berniaga secara serius. Kerana sekiranya anda berimpian join Shaklee, lepas tu GOYANG KAKI terima cash bonus, itu TIDAK AKAN TERJADI.

 

Kerana Shaklee hanya memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berusaha gigih memperkenalkan produk Shaklee kepada orang ramai. Ganjarannya setimpal dengan usahanya.

Pengalaman saya: Saya memang ada minat kepada perniagaan, dan sebelum bertemu Shaklee, memang saya pernah join MLM (GOYANG KAKI) yang menjanjikan bonus setiap bulan, namun kena keluar modal besar laa. Hehehe... Memang dasar manusia memang ada sifat tamak dan malas kan, saya pun begitu. Akhirnya, saya tak dapat apa-apa ye selepas join MLM (GOYANG KAKI) ye, sebab memang saya goyang kaki, Kalau saya tak goyang kaki, mungkin saya dapat laa sesuatu dari MLM tu.

Kemudian, saya join lain-lain bentuk perniagaan yang modal rendah, yang mana cuma bayar yuran keahlian je, termasuk laa Shaklee ni. Saya memang tak pandai selok-belok perniagaan, tapi saya sangat suka urusan jual beli. Jadi saya mula buat jual beli, tak kira apa produk termasuk Shaklee. Tetapi, selepas hampir setahun saya jadi ahli Shaklee,dan saya buat perbandingan dengan perniagaan lain-lain yang saya sertai tu, Shaklee lagi berbaloi. Senang, mudah dan modal rendah. Pengurusan stok tu bagi sesiapa yang ingin menyimpan stok. Dengan Shaklee, anda tidak ingin menyimpan stok pun takpe (rumah kecik takde tempat, modal takde) itu bukan masalah. Perniagaan Shaklee SIMPLE k.

 

Macam ni>>>>> Pelanggan Order -> Kita confirmkan -> Pelanggan Bayar -> Kita order dengan Shaklee -> Barang sampai -> Sampaikan kepada pelanggan

Mudah tak.... Mudah kan... Kemudian kita boleh jalan perniagaan secara online, secara part time atau full time. Terpulang pada anda.

Setakat ni dulu intro Shaklee. Saya kesempitan idea. In shaa Allah, masa akan datang saya akan update entri ini lagi.

Bagi sesiapa yang berminat menjadi ahli Shaklee, sila hubungi saya ye.
SMS ke 016-8749195

atau

email ke lennbj608@gmail.com

atau

inbox FB saya : https://www.facebook.com/lenny.boniface




Thursday, August 15, 2013

Biarlah Foto Menceritakan Segalanya...


Sila Perhatikan gambar di atas. Mari kita mencari panduan dan iktibar dari gambar ini. Poin yang saya berminat nak amalkan ialah "keep a journal". Memang tu amalan yang membantu kita memonitor perjalanan menuju kejayaan kita. Jom share-share gambar ini.

Wednesday, June 19, 2013

Semangat Yang Datang

Salam...
Harini saya ada temujanji di Hospital Serdang untuk check-up biasa jantungku. Anyway, seperti biasa klinik pakar adalah klinik yang paling ramai pesakit. So, nasib saya kurang baik, datang sebelum pukul 7, tapi akhirnya saya balik pukul 2 petang juga. Punyalah ingat boleh balik awal-awal. Tak kisah pasal cerita tu. Tapi saya telah mendapat inspirasi semasa berada di ruang tunggu Hospital Serdang.

Saya telah membawa 2 naskah majalah untuk saya isi masa lapang semasa menunggu tadi. 1 ialah majalah iSihat, dan 1 lagi majalah bulanan Shaklee. Yang mencetuskan inspirasi apabila saya membaca artikel dalam majalah Shaklee. Saya membaca kisah-kisah Star Achievers.. fuuuuu jeles you..... I want to be like them. Saya nak muncul dalam majalah Shaklee dalam ruangan Star Achievers. Really, I want it so bad.....

Memandangkan masa dah lewat... saya akan sambung cerita ini bila saya bangun tidur nanti ye....





















Wednesday, June 5, 2013

Hati Jadi Lesu

 

Pertama kali, tak tak kali ke berapa entah, saya merasakan lesu dalam hati. Kerana perniagaan. Serius cakap, sapa yang hati senang putus asa memang tak boleh berbisnes. Saya baru buat iklan 2 hari ni, tapi bila tengok takde respon dari orang2 alam maya, memang terasa sangat penat. Betul tak (sapa2 yang mengalami perasaan ini)?
Kena berdoa selalu laa supaya tak putus asa. Kerana doa itu amat penting, supaya kita mengharap pada Allah, bukan mengharap pada manusia yang membeli. Kerana Allah yang menggerakkan manusia untuk membeli barangan kita.




OK sekarang aku nak bagi tips untuk mengurangkan stress (Tapi jangan ikut walau apapun keadaan sekali pun)..... Sila print photo di bawah. Lekat kat dinding. Pas tu ikut arahan kat photo ni. HUHUHU...
AMARAN: jangan buat tau.... kalau buat aku tak bertanggungjawab atas apa kemungkinan yang terjadi.




SEKIAN...

Terima kasih, kerana membaca entri ini.




Monday, April 8, 2013

Menulis Untuk Mendapat Duit????

Ada banyak cara untuk mencari rezeki. Sesungguhnya rahmat Allah berada di mana-mana sahaja, sekalipun dalam diri kita, diri anda. Konsepnya: Apakah potensi diri anda?

Salah satu bakat yang paling menarik dan ajaib di dunia ialah bakat menulis.
Dengan bakat menulis Anda boleh mencipta dunia anda, mencipta diri anda kepada suatu keadaan yang tak pernah dibayangkan, meluahkan perasaan anda, melepaskan geram di jiwa....

Penulisan adalah keajaiban.  Jika anda berbakat dalam penulisan anda boleh membuka jalan kepada pendatan sampingan. Oop-oop... yang tak berapa minat atau pandai menulis, jangan berputus asa. Anda cuma perlu berlatih lebih daripada biasa. (Contoh seperti saya, saya tak ada bakat menulis, tetapi kerana selalu kena menulis/mengarang maka secara semulajadi diri menjadi peka untuk menghasilkan idea untuk dituliskan).

Namun.. namun... namun.... anda mesti terfikirkan, menulis buku mesti kena hantar untuk penerbitan kan????
Zaman sekarang E-BOOK adalah trend. Jadi Anda cuma perlu belajar teknik untuk menerbitkna E-book sahaja untuk mencapai impian anda untuk menjadi penulis berjaya.

Di sini, ada satu laluan untuk menjana pendapatan dengan menulis E-book. Sila klik  SINI  untuk intro.

Jangan berputus asa.... jangan gundah gulana... ini adalah pilihan anda... Apakah anda hendak kehidupan yang lebih selesa? Menuju kehidupan yang selesa.. Apa salahnya kita mencuba apa yang sesuai dengan bakat kita kan????


Saturday, March 23, 2013

Reminder to my Forgetful MIND




AT OFFICE ..all the RECYCLE, REUSABLE object,,, I MUST LEAVE TO the cleaners... They are doing their jobs... They are sending it to the recycle centres... I must not compete with them... As I DO NOT  have TIME for it ANYWAY......

But I DO SUPPORT RECYCLE ACT...

From home I can recycle plastic bottles and other stuffs... so Can do it ONCE every 2 WEEKs... how about that????